Description
Wakaf Selangor ialah aplikasi rasmi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang menyediakan maklumat terkini, aktiviti serta pelbagai perkhidmatan berkaitan wakaf bagi memudahkan pengguna mengakses perkhidmatan PWS di hujung jari.
Dengan aplikasi ini, pengguna boleh:
1. Meneroka maklumat dan pengenalan produk wakaf
2. Mengetahui prosedur dan panduan utama wakaf
3. Memuat turun borang berkaitan perkhidmatan PWS
4. Mengakses platform Wakaf Selangor Online untuk pembayaran wakaf secara dalam talian
5. Menyemak waktu solat di seluruh Malaysia
6. Membaca Al-Quran melalui modul digital
7. Merujuk hadith dan dalil berkaitan wakaf serta PWS
8. Melihat senarai capaian penting dan terkini daripada PWS
Aplikasi ini dibangunkan bagi memudahkan urusan, meningkatkan akses maklumat, serta menyokong usaha PWS dalam memperkasa wakaf di Selangor.