Ibu Sihat app icon

Ibu Sihat

Duoz Technology Solutions

★ 0.00 ratingsHealth & FitnessFree

iPhone Screenshots

App screenshotApp screenshotApp screenshotApp screenshotApp screenshot

Description

Aplikasi Ibu Sihat dibangunkan untuk tujuan penyelidikan bagi menentukan keberkesanan program gaya hidup berasaskan laman web/telefon pintar dalam mengoptimalkan peningkatan berat badan semasa kehamilan untuk mencegah kejadian diabetes semasa kehamilan. Antara fungsi utama aplikasi ini adalah pemantauan peningkatan berat badan semasa kehamilan, pengambilan diet, pendidikan kesihatan dan pemakanan semasa kehamilan serta pengumpulan data setiap trimester kehamilan. Pemantauan Peningkatan Berat Badan Semasa Kehamilan Mengetahui saranan peningkatan berat badan semasa kehamilan serta menjejaki kadar peningkatan berat badan setiap minggu dan jumlah peningkatan berat badan sepanjang kehamilan. Kadar peningkatan berat badan mingguan akan dipaparkan dalam graf yang disediakan mengikut Indeks Jisim Tubuh (IJT) / sebelum kehamilan untuk memastikan peningkatan berat badan semasa kehamilan mengikut seperti yang disarankan. Pengambilan Diet Mempunyai 2 fungsi utama iaitu mengetahui saranan diet dan pemantauan diet. Saranan diet membolehkan ibu hamil untuk menentukan saranan pengambilan tenaga dan bilangan hidangan setiap kumpulan makanan harian. Perbandingan diet membantu ibu untuk melakukan perbandingan pengambilan tenaga dan bilangan kumpulan makanan harian yang diambil dengan saranan yang ditetapkan. Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan Merangkumi 4 topik utama seperti Peningkatan Berat Badan, Pemakanan, Aktiviti Fizikal dan Kesihatan Psikososial semasa kehamilan. Ianya disampaikan dalam format artikel, infografik dan video. Ibu boleh melakukan perubahan tingkahlaku yang mendorong kepada peningkatan berat badan semasa kehamilan yang optimum dan seterusnya kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Pengumpulan Data Merangkumi 5 soal selidik seperti sosiodemografi, obstetrik, soal selidik Trimester 1, soal selidik Trimester 2 dan soal selidik Trimester 3.